Monday 16 January 2012

Jom Main Futsal...

Tepat pukul 10.00mlm nanti aku akan main futsal. Rase x sabar kot dah lama x main futsal . Walaupon rase penat  al maklomlah ak kerja dari 8.00 pagi sampai 5.00 petang dan hari nie aku sampai rumah dlm pkl 6.30 petang . Aku tetap nak main futsal malam nie . hik3 Harap-harap dapat bermain dengan baik . Alang2 aku post pasal futsal , ak nak share cikit  skill futsal kat korang yang kaki futsal.




Drag back and stab ,






The mexican hat , 

 


Nutmeg , 



 


The rainbow , 






Kalau korang nak tahu name mamat yang buat semua skill nie Falcao .  Asal Brasil. Antara pemain futsal yang mempunyai skill individu terbaik di dunia ini dan melatih budak-budak di Manchester City Youth Academy . Jom main futsal ..^^


info www.falcao12.com  , www.fourfourtwo.com

Sunday 15 January 2012

Praktikal......

Nie post pertama aku tahun 2012..hik3 Selamat Tahun Baru Kawan2.Ade kawan ak cakap blog ak nie berhabukla , x update la. Sebenar ak sibok dgn aktiviti seharian biasala tahun baru , sem baru , kerja baru .. tapi satu je x baru ,AWEK aku.he2  Untuk pengetahuan korang , tahun nie ak still pratikal kat HRPZ II , Kota Bharu . Bulan nie ak di tempatkan di Farmasi Stelite . Syukur alhamdulillah mujurlah ade kawan-kawan kat sini , ringan beban cikit , dah la 1 kpala dengan aku terutama Mamat. he2 Mamat terbaikla.... ha4 Jom kenal kawan2 aku..




Mamat... Status Single and Available... Rajin, slalu ke tandas time kerja. Drummer band  The Dodol 





Where , status berpunya.. pengguna tegar BBM






Hamid,status unknown. Seorang alim , pemalu . 





 

Hazman UniKL, paling hensem, otai HRPZII  . Tinggal sebelah rumah aku.






Mai , LEGEND Farmasi HRPZII Kota Bharu . Pandai memasak wastern food.



Tu je la serba sedikit tentang kawan-kawan aku di Farmasi Stelite HRPZII , Kota Bharu . he2  Rutin harian ak , pukul 8.00pagi masok kerja dan pkl 5.00ptg sampai awl bulan 5 nie. Memang penat kot , tp nak buat macam mane kn..yang penting kita enjoy kene pratikal ,.... ^^







Wednesday 21 December 2011

Wow.. Wang Kertas baru...hik3

Jangan terkejut kalau korang terjumpe duit kertas RM20 pas2 nie..ha4  Dikabarkan duit baru nie akan dikeluarkan pada bulan Julai tahun hadapan .



 
Kakitangan Bank Negara menunjukkan Note Baru Ringgit Malaysia 



 Klau xsilap aku , terdapat  jugak lambang 1 malaysia kat wang nie...Colourful plak duit negara kita ye macam2 warne ade... ha4


Pinjam RM100 kak..hik3



Tuesday 20 December 2011

Cover Majalah Malaysia Ke Nie..?

Semakin berani artis zaman sekarang ish3.. Memang xtakut api azab kubur.... Baru setahun jagung , dah banyak kontrovesi timbul. Korang pon jangan dok beli la majalah ni xde faedahnya .. Kalau boring sgt , layan zynga poker kat facebook tu..hik3



MIera Liyana ,Cover Majalah Mangga Edisi Januari 2012

Belasah Isteri Kerana Period

KUALA LUMPUR: Suami bangang. Begitulah tindakan dilakukan seorang penjawat awam yang sanggup mencakar isterinya di bahagian leher dan dada selain memukul wanita berkenaan hanya kerana menolak pelawaannya mengadakan hubungan seks walaupun isterinya sedang haid, kelmarin.
Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, mangsa berusia 27 tahun bekerja sebagai jururawat berada di rumah mereka diajak suaminya berusia 30-an mengadakan hubungan seks.
Sumber berkata, mangsa yang sedang haid ketika itu menolak pelawaan suaminya dengan sopan, namun tindakan mangsa menyebabkan suaminya naik angin.
Menurutnya, akibat berang, suami mangsa mula memaki- hamun mangsa selain menuduhnya mempunyai hubungan dengan lelaki lain.
“Tindakan itu tidak berhenti di situ, malah suami mangsa bertindak lebih ganas mencakar mangsa di leher dan dada meskipun mangsa merayu tidak diperlakukan demikian,” katanya.
Beliau berkata, suami mangsa yang gagal mengawal kemarahannya cuba membakar kertas semata-mata untuk mengalih tumpuannya, namun tidak berjaya.
Sebaliknya, dia tiba-tiba memaki semula mangsa selepas memadamkan api kertas itu sebelum menampar dan memukul mangsa.
“Akibat tidak tahan, mangsa mengugut menceritakan kejadian itu kepada majikan suaminya menyebabkan lelaki itu bertambah marah dan terus membelasah mangsa di hadapan anak mereka berusia lima tahun sebelum mangsa dihalau keluar dari rumah,” katanya.
Susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan polis di balai polis berdekatan kerana bimbang keselamatan diri dan anaknya.