Wednesday 21 December 2011

Wow.. Wang Kertas baru...hik3

Jangan terkejut kalau korang terjumpe duit kertas RM20 pas2 nie..ha4  Dikabarkan duit baru nie akan dikeluarkan pada bulan Julai tahun hadapan .



 
Kakitangan Bank Negara menunjukkan Note Baru Ringgit Malaysia 



 Klau xsilap aku , terdapat  jugak lambang 1 malaysia kat wang nie...Colourful plak duit negara kita ye macam2 warne ade... ha4


Pinjam RM100 kak..hik3



Tuesday 20 December 2011

Cover Majalah Malaysia Ke Nie..?

Semakin berani artis zaman sekarang ish3.. Memang xtakut api azab kubur.... Baru setahun jagung , dah banyak kontrovesi timbul. Korang pon jangan dok beli la majalah ni xde faedahnya .. Kalau boring sgt , layan zynga poker kat facebook tu..hik3



MIera Liyana ,Cover Majalah Mangga Edisi Januari 2012

Belasah Isteri Kerana Period

KUALA LUMPUR: Suami bangang. Begitulah tindakan dilakukan seorang penjawat awam yang sanggup mencakar isterinya di bahagian leher dan dada selain memukul wanita berkenaan hanya kerana menolak pelawaannya mengadakan hubungan seks walaupun isterinya sedang haid, kelmarin.
Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, mangsa berusia 27 tahun bekerja sebagai jururawat berada di rumah mereka diajak suaminya berusia 30-an mengadakan hubungan seks.
Sumber berkata, mangsa yang sedang haid ketika itu menolak pelawaan suaminya dengan sopan, namun tindakan mangsa menyebabkan suaminya naik angin.
Menurutnya, akibat berang, suami mangsa mula memaki- hamun mangsa selain menuduhnya mempunyai hubungan dengan lelaki lain.
“Tindakan itu tidak berhenti di situ, malah suami mangsa bertindak lebih ganas mencakar mangsa di leher dan dada meskipun mangsa merayu tidak diperlakukan demikian,” katanya.
Beliau berkata, suami mangsa yang gagal mengawal kemarahannya cuba membakar kertas semata-mata untuk mengalih tumpuannya, namun tidak berjaya.
Sebaliknya, dia tiba-tiba memaki semula mangsa selepas memadamkan api kertas itu sebelum menampar dan memukul mangsa.
“Akibat tidak tahan, mangsa mengugut menceritakan kejadian itu kepada majikan suaminya menyebabkan lelaki itu bertambah marah dan terus membelasah mangsa di hadapan anak mereka berusia lima tahun sebelum mangsa dihalau keluar dari rumah,” katanya.
Susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan polis di balai polis berdekatan kerana bimbang keselamatan diri dan anaknya.





Sunday 18 December 2011

Takdir Seorang Peniaga Murtabak


Kesian aku tengok gambar pakcik nie . Kalau korang nak tahu pakcik nie mangsa simbah asid oleh isterinya sendiri yang berlaku di Kampung Kok Lanas , Kelantan . Kejadian ini berlaku ketika pakcik ini tengah mengguli tepung . Memang zalim gila isteri dia . Habis muka dan separuh badan pakcik nie melecur . Ape yang meyayat hati lagi , mata kanannya buta .  Macam mane la nak jual murtabak pas2 nie ,  nak sara keluarga...



 
Mahyudin Abdullah , 47 menunjukkan badannya yang melecur 





Dunia Nak Kiamat :Perkahwinan Gay Pertama di Malaysia

Memang femes la mamat nie sekarang , perkahwinan yang jarang orang buat . Name bukan main sedap ,Ariff Alfian . Mintak2 cepatla bertaubat dan kembali ke pangkal jalan . Harap je otak pandai belajar kat Ireland ..



 alololo.... sweetnya.. hik3



 





 




Untuk pengatahuan korang lagi mamat ini budak tajaan PETRONAS dan perkahwinan ini telah diadakan di salah sebuah gereja di luar negara . Buat rugi taja budak nie , memalukan . Banyak-banyak perempuan kat dunia nie laki jgk mamat nie pilih . ish3... Salah siapa......? Diri-sendiri , ibu bapa , kawan-kawan ... fikir-fikirkanlah



for more information http://www.harian-metro-online.


Monday 12 December 2011

Restoran Atas Pokok

Macam2 la idea manusia zaman sekarang . Atas pokok pon blh jadikan tempat makan . Restoran ini dipanggil Okinawa Tree House yang terletak di Onoyama Park Selatan Jepun . 


 


Ape yang korang lihat seperti  pokok ini sebenarnya hasil daya kreatif manusia.   .. Bagi memudahkan pelanggan naik ke restoran .pihak restoran telah membuat lift dalam batang pokok . Korang x perlu susah payah panjat , cari tali untuk naik ke atas .

Sunday 11 December 2011

Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Kerajaan Tahun 2012

Korang mesti happy kan klau dengar pasal 'gaji'. Mesti xsabar nak cucuk duit kat mesin ATM. hik3 Jom check tarikh-tarikh penting setiap bulan. 


 


Berhemah la ketika berbelanja , jangan sampai tengah bulan dah kering . Makan Maggi la jawabnye..hik4

Saturday 10 December 2011

Adidas adiZero™ f50 miCoach

Mungkin korang pernah tengok Messi , Silva , Nasri ataupun Luis Suarez pakai  boot nie . Boot  nie ganerasi ke-3 F50 . Boot nie antara paling ringan di dunia ,. Jangan terkejut , hanya 173g . hik3









for more information http://www.soccerbible.com

Friday 9 December 2011

Agak-agakla Nak Bunuh Diri Pon

Xtahu la zaman sekarang ,  memang trend sekarang bunuh diri kot . Nak bunuh diri pon sampai terkencing ,mungkin xsempat pergi toilet .hik3




  




 


Aku tak tahu nak kate ape.. buat malu  je . Lain kali kalau korang nak bunuh diri sekali pon  pergi tandas kencing terlebih dahulu kalau malas nk pergi tandas pakai je pampers... Lawak-lawak jugak , tapi kita sebagai   umat islam janganla terfikir untuk buat kerja gila nie . Kalau ade masalah sekalipon jangan sampai bunuh diri . Setiap masalah Insyallah ade jalan penyelesaiannya . 


Hukum Main Zynga Poker d Facebook Tanpa Taruhan

Saifulijan Pahang ,

Apakah hukum bermain zynga poker di facebook hanya sekadar suka-suka tanpa pertaruhan duit dan harta benda . Boleh Dr. jelaskan hukumnya kerana ada pendapat haram kerana menyamai penjudian sebenar . Ada yang mengatakan ia tidak haram kerana sama sahaja dengan permainan lain dalam internet .





Dr . Abdul Salam ,

Judi termasuk perbuatan haram dalam islam (al-Quran , al-Ma'idah (5) (90-91) . Ia perlu dijauhi sama ada kecil atau besar . Bagi memahami maksud judi itu , ia secara umumnya membabitkan dua perkara iaitu seumber hadiah berasal daripada ape-ape benda termasuk duit sebagai deposit atau taruhan daripada semua peserta dan semua peserta perlu mengambil risiko samaada menang atau kalah .

Sekiranya permainan Zynga poker tidak membabitkan perkara di atas ,  ia bukan judi ditakrifkan haram dalam islam .Bagaimanapun , perkara tersebut dikira membazir waktu dan wajar dijauhi .

Ak post bende nie bukan ape ramai kawan-kawan ak dan termasok ak sendiri layan game  nie.Kadang-kadang musykil jugak tentang status game nie . . ;)

Thursday 8 December 2011

Tutup atau Buka Tingkapnya..?

Dua orang perempuan yang duduk bersebelahan di dalam sebuah teksi mengeluh dan berbeza pendapat mengenai tingkap di sebelah mereka . Perempuan yang pertama mengeluh kesejukan dan mahu tingkap itu ditutup , sementara perempuan kedua mengeluh kepanasan dan mahu tingkap itu dibuka . Mereka terus bertikam lidah tentang tingkap tersebut . Akhirnya mereka meminta pemandu teksi untuk menjadi pengadil untuk mereka .

" Kalau tingkapnya dibuka ,saya akan terkena angin sejuk secara langsung dan saya mungkin akan mati " kata perempuan pertama .

" Kalau tingkapnya ditutup , saya boleh kehabisan nafas dan mati mengejut " ujar perempuan kedua .

Kedua-dua perempuan tersebut saling berkeras dan xnak mengalah . Pemandu teksi kelihatan bingung dan klu . Seorang pemuda yang juga penumpang teksi tersebut menawarkan diri berbicara dan memberi pandangan .

Pemuda tadi berasa kesal dan marah dengan keluh-kesah kedua-dua perempuan itu kemudian menyuarakan pandangan .

"Mula-mula buka tingkap , itu akan membunuh perempuan pertama . Setelah itu tutup tingkapnya supaya perempuan kedua juga mati . Setelah itu kita tak akan pening kepala lagi dengan keluh-kesah dan pertengkaran mereka ."

Kedua-dua perempuan tergamam seketika.


                                                                                 

Moral of the story : Kebanyakan orang tidak suka mendengar keluh-kesah kita . Daripada mengeluh dan berkelahi hal-hal kecil seperti tadi , lebih baik kita menutup mulut kita rapat-rapat daripada mengeluh dan fikir positif .

Wednesday 7 December 2011

Exam Yang Entah Ape-ape

Pada 15/11/2011 dan 16/11/2011 aku telah menduduki exam . Exam nie kejap je  1 hari 2 paper... Hari pertama exam paper Opd dan Stor. Hari kedua paper galenikal dan klinikal... Seminggu sebelum exam budak-budak batch aku telah diberi tutorial setiap subjek yang nak exam . Happyla budak2 nie dapat tutorial dengan harapan masuk sebijik dalam exam.. First time aku masuk dewan exam , terkejut gila ak. Meja aku memang betul-betul depan meja pengawas exam . Kejut tobak eh,,,,ha4 Dalam fikiran aku sem nie agak malang la kerana dok depan. Alhamdulillah paper hari pertama ak boleh jawab dengan baik . Bersyukur sangat-sangat . Tutorial En . Jong masuk sebijik time tutorial dia bagi. Hari kedua ,paper galenikal susah giler .Tutorial yang En. Mat bagi tak masok 1 pon. Jem otak aku semeta. Soalan essei aku mencarut , goreng je ape yang ade dalam kepala otak ak .Time nie ak hanya selawat banyak ko Nabi Muhamad s.a.w mintak-mintak ape yg aku tulis nie tak lari dari soalan . Dalam otak aku ,asyk fikir 'fail' je paper nie. Hati aku berdebar-debar menunggu result exam keluar. Aku bimbang kene repeat paper balik, aku tak nak pisang berbuah dua kali. Alhamdulillah , result ak ok..  . Happy , bersyukur............ :)



 
Orang cakap mudah untuk berjaya , tapi bagi ak memang susah . Perlu banyak pengorbanan.... 

Monday 28 November 2011

Jadi Jugak Akhirnya

Alhamdulillah syukur kehadrat illahi dengan limpah dan izinNya ak dah siap blog ni.. Blog nie simple giler kot. Sorry klu rase blog nie xcantik, xmenarik . Biasala org amatur yang buat. Tension buat bende nie padahal mudah je sebenarnya. X lupa kepada buah hatiku yang tersayang yang telah beri moral support  and tunjuk ajar. Terima kasih banyak2. ....