Friday 9 December 2011

Hukum Main Zynga Poker d Facebook Tanpa Taruhan

Saifulijan Pahang ,

Apakah hukum bermain zynga poker di facebook hanya sekadar suka-suka tanpa pertaruhan duit dan harta benda . Boleh Dr. jelaskan hukumnya kerana ada pendapat haram kerana menyamai penjudian sebenar . Ada yang mengatakan ia tidak haram kerana sama sahaja dengan permainan lain dalam internet .





Dr . Abdul Salam ,

Judi termasuk perbuatan haram dalam islam (al-Quran , al-Ma'idah (5) (90-91) . Ia perlu dijauhi sama ada kecil atau besar . Bagi memahami maksud judi itu , ia secara umumnya membabitkan dua perkara iaitu seumber hadiah berasal daripada ape-ape benda termasuk duit sebagai deposit atau taruhan daripada semua peserta dan semua peserta perlu mengambil risiko samaada menang atau kalah .

Sekiranya permainan Zynga poker tidak membabitkan perkara di atas ,  ia bukan judi ditakrifkan haram dalam islam .Bagaimanapun , perkara tersebut dikira membazir waktu dan wajar dijauhi .

Ak post bende nie bukan ape ramai kawan-kawan ak dan termasok ak sendiri layan game  nie.Kadang-kadang musykil jugak tentang status game nie . . ;)

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.